Thursday, August 13, 2009

Rayuan Munawar ditolak



Sudah sampai ke penghujung jalan bagi bekas penulis ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Munawar Ahmad Anees, yang terpaksa berjuang selama 11 tahun untuk membersihkan namanya atas tuduhan diliwat.

Mahkamah Rayuan, dengan panel Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Hasan Lah dan Datuk Sulaiman Daud hari ini secara sebulat suara menolak permohonannya atas alasan isu yang dibangkitkan itu sudah dipertimbangkan secara penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan.

Munawar telah memohon supaya merit rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara enam bulan atas kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada 9 Sept 2003, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Munawar tanpa mendengar merit kes atas alasan perayu gagal hadir dalam sebarang prosiding rayuan walaupun kegagalannya diperjelaskan oleh peguamnya kepada mahkamah...

Bernama


No comments: